Tuesday, May 17, 2011

S&P & EPF


Ok sambung citer beli rumah aritu....kita skip dulu citer psl wat loan bank & cmner loan sye leh approve....citer tu pnjang sgt....3 minggu stress ngan apply loan....kenapa stress?....coz developer bg 2 atau 3 minggu jer utk kitorg dpt kan loan so mmg all out aritu mencari bank, hantar dokumen semua....ngan satu2 bank reject loan kitorg & bila dah smpai minggu ke 3 mmg sgt mendebarkan coz loan x dpt lg pastu lawyer dah call sign S&P (sales & purchase agreement)....mcm2 alasan kitorg bg....haaa korg klo beli rumah, selagi x dpt loan, jgn sekali2 sign S&P kecuali klo korg mmg dah confirm la yg korg mmg xder problem utk dpt loan.....coz klo korg dah sign S&P pastu loan x dpt2, developer lak dah mintak duit, so korg akan kena panalti.....mcm kitorg ni kan mmg ada problem so kitorg mmg lengah2 sign S&P.....kitorg book rumah 9/4/2011 & loan pertama yg approve ialah public bank pd 27/4/2011....dan Alhamdulillah kitorg dpt lg satu bank yg approve, Maybank pd 29/4/2011 (mmg x sangka pon leh approve)....so setelah b'fikir sejuta kali & mengambil kira semua aspek kehidupan, kitorg memilih maybank.....hehe....& pd 3/5/2011 kitorg pon sign approved loan maybank kat Mc D Equine....& x nak buang masa lg, esok nyer 4/5/2011 kitorg pon terus ke kajang, lawyer nyer ofis utk sign S&P....bayaran utk urusan lawyer ni lbh kurang RM7800....mmg confirm la kitorg xder duit byk tu kan....so kitorg akan mengeluarkan EPF.....nasib baik dlm S&P leh wat 2 nama, nama sye & Mr. Razak....Loan maybank tu atas nama sye sorg & kebanyakkan bank mmg x bg letak S&P nama pihak ke3 tp nsb baik maybank ni bg....so dpt la msk nama Mr. Razak dlm S&P.....tu yg pnting coz EPF dia lg byk, syg la klo x dpt keluar....owhh klo nama xder dlm S&P, korg xleh keluarkan EPF......Proses stamping S&P amik masa dlm 2 minggu so smlm 16/5/2011 sye ke kajang lg utk ambil S&P yg dah siap kat ofis lawyer....ptt time amik S&P ni dah kena byr RM7800 tu.....tp kitorg mintak tangguh coz nak keluarkan EPF....Lawyer mmg bg & mmg kebanyakkan org wat cmtu....dan smlm sye dah send copy S&P sye kat maybank utk prepare bank nyer agreement.....ok setel.....bank & lawyer dah setel....

Sekarang tiba la masa utk mengeluarkan EPF....ni sye tgh study apa dokumen yg diperlukan & syarat2 pengeluaran kat website EPF, http://www.kwsp.gov.my so jom layan....Owhh sye dah call EPF juga utk confirmkan psl dokumen2 yg diorg nak ni....diorg ckp klo nak keluarkan EPF suami & isteri, salinan S&P & Approval letter bank tu mesti masing2 2 copy.....S&P tu kan tebal, nak kena wat 2 copy lak....adehh...so InshaAllah balik dari bandung nnti, hari isnin, 23/5/2011 ni sye akan gi ke EPF utk setel kan semua ni....Org ckp duit EPF kita akan dpt dlm masa 2 minggu...so lps dpt duit, leh la bayar lawyer....& setakat ni, setel semua proses beli rumah ni....Alhamdulillah....so tunggu jer la rumah siap thn 2013 nnti....hehe....

p/s: Sye letak date coz sye x nak t'miss satu pon hari2 penting dlm hidup sye....hehe....& utk reference pd masa akan dtg juga ;)

Syarat-syarat Pengeluaran

Anda Layak Memohon Sekiranya;

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/berkembar/ apartment/kondominium/‘studio apartment’/‘service apartment’/ ‘townhouse’/SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui:

(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut:
• Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989(BAFIA)
• Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
• Majikan ahli
• Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi)
• Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia
• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU

(ii) Secara tunai.

3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Anda telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan /pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).


Anda Tidak Layak Memohon Sekiranya;

• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
• Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan
kepada rumah yang sedia ada.
• Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
• Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
• Membeli rumah ketiga.
• Membeli rumah di luar negara.


Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Anda boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut:

PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU

PEMBELIAN BERSAMA SUAMI/ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah

ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

PINJAMAN PERUMAHAN 100%

PEMBELIAN TANPA PINJAMAN/ SECARA TUNAI

10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

DOKUMEN UTAMA

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) - (Boleh juga Dowload kat website atau ambil dikaunter)

2. Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)

3. Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian) ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian)

• Akaun bank mestilah yang masih aktif; DAN

• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik

(Sekiranya membuat tuntutan bayaran balik semula kepada pemohon)

DOKUMEN TAMBAHAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH

PEMBELIAN RUMAH DARIPADA PEMAJU:

1. Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

2. Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)

3. Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak)

• Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

No comments: